SANAH HELWAH YUSUF HAFIY

Sebentar tadi aku bersama isteri menyambut hari kelahiran Gregorian anak kami. Muhammad Yusuf Hafiy yang dilahirkan pada 20 Rabiul'awal 1419 H bersamaan 28 Mac 2008.

Isteri aku membeli kek kecil 'Angry Bird' untuknya, teringin sangat si anak ini untuk mempunyai kek sendiri. Tiada belon, tiada hadiah, tiada lagu yang didendangkan, hanya doa untuk kami sekeluarga.

...dan beberapa snapshot yang aku ambil sebagai kenangan.



"Hafiy, pertama dan terakhir abah sambut harijadi, masa tu baya Hafiy lah. Beria sangat abah nak sambut harijadi, ingat lagi masa tu arwah opah Nah buat bihun goreng, arwah tok Musa jemput abah dari bas sekolah dan terus balik rumah sewa di Taman Bertuah. Sambut dengan kawan-kawan terdekat. Diorang dapat sumi dengan kacang..."


Aku mengimbau kenanganku padanya.

No comments:

Post a Comment