IPOH CITY AWESOME!

Seperti biasa pagi tadi aku dan Epoi Omatajari' sertai 'outing' mingguan Urban Sketcher Ipoh (USK Ipoh). Kali ni kami berkesempatan untuk membikin video, dan lokasi minggu ini adalah bangunan Sinhalese Bar, Jalan Market, Ipoh.

Menurut sumber rakan dari Urban Sketcher Ipoh, Mr Siak Hong Law, Sinhalese Bar bermula pada tahun 1931. Setiap kali perayaan Wesak, tuan mepunya ketika itu, Alfred bersama beberapa rakannya menyediakan khemah dan makanan beralaskan daun pisang sepanjang jalan di hadapan bangunan tersebut. Biasanya pengunjung ketika itu seramai 1000 orang.

Pada tahun 2012, bangunan ini telah didokumentasikan oleh pelajar arkitektur 'UM-NS Joint Studio Programme'. Itu adalah serba sedikit sejarah bangunan yang kami 'lokeh' pagi tadi.

V I D E O
U R B A N  S K E T C H E R  I P O H
B Y
J A N G G U T T O U C H




Baik punya aku pasang 'kekuda' 
Hasil Epoi Omatajari' 
Hasil dari aku 
Peminat 'cilik' memerhati penuh minat


No comments:

Post a Comment