FOKUS

Fokus bukanlah sesuatu yang mudah, ditambah dengan pemikiran 'makan gaji' aku yang masih belum hilang secara total.

Dalam perniagaan, terutama bidang yang aku ceburi sekarang ini, beberapa perkara yang aku silap percaturan. Aku pecahkan dalam beberapa poin :
  • Aku terlalu fokus dalam membina nama sehingga tidak fokus untuk memasarkan perkhidmatan dan menjual perkhidmatan.
  • 'Inferiority complex' kerana menginginkan pelanggan - pelanggan mewah, setelah melihat rakan - rakan lain memuat naik gambar - gambar pelanggan mereka yang mewah, sehinggakan terlupa untuk bermula dari bawah dan jual, jual dan jual 'servis'!
  • 'Mind set' menganggap fotografi adalah satu perkhidmatan yang 'cool' dan 'hip', akan rasa malu jika tidak berada dalam 'golongan' hebat tersebut. Dua perkara itu tidak membayar bil-bil bulanan, perbelanjaan harian dan yuran persekolahan anak aku!
  • Membazir dengan segala mak nenek gajet, sepatutnya wang yang ada adalah lebih baik aku gunakan untuk menghadiri kelas pemasaran dalam perniagaan ataupun kelas yang meningkatkan skil fotografi aku.
 Solusi mudah, MULA MENJUAL, BERANI MENJUAL.

Memasarkan dan mencari pasaran biasa asalkan cepat mendapat pusingan modal jauh lebih baik.
'Hip', 'cool' dan 'famous' itu akan datang dengan sendirinya pabila kita fokus dan membuatnya dengan sepenuh hati, serta pandai memasarkan perkhidmatan ke golongan mewah.

Aku bukanlah menyalahkan sesiapa, tetapi aku sendiri yang kurang bersedia dalam menghadapi alam perniagaan, namun masih belum terlambat untuk aku memperbetulkan keadaan. Yang penting, aku kena ubah 'mind set' dari memikirkan untuk jadikan fotografi satu perkhidmatan yang 'cool' dan 'hip' kepada satu perkhidmatan kehendak yang boleh menjana pendapatan walau job dibawah khemah atap zink sekalipun!


* Aku sekadar mengingatkan diri aku sendiri, dan berkongsi serba sedikit pengalaman aku supaya menjadi tauladan diluor sana.

Gambar lama aku jumpa, tak ingat siapa yg shoot, hahaha

1 comment: