PHOBTICGRAPHY ATAU JANGGUTTOUCH?

Jangguttouch,
satu nama besar dalam fotografi perkahwinan melayu Malaysia, dan kini sudah 10 tahun mereka berlengok tari dengan 'scene' tersebut. Sejarah lampau dan hasil kerja Jangguttouch tak perlu aku ceritakan lagi, google dan carilah hasil seni mereka (link website juga aku sertakan). Aku yakin, sesiapa yang membacanya pernah mendengar Jangguttouch atau mengenali hasil seni mereka.

Phobticgraphy,
nama yang susah disebut, masih dalam fasa terkapai - kapai mencari nama sekitar Ipoh khususnya, dengan cabaran dari pelbagai variasi dan pengaruh jurugambar perkahwinan, tidak boleh tidak perlu dinyatakan di sini, hasil karya Phobticgraphy masih seperti bayi yang baru mahu tumbuh gigi.

Setelah gagal beberapa kali untuk bekerjasama dengan rakan jurugambar perkahwinan sebelum ini. Tanpa pekerjaan yang hakiki (baca : makan gaji) aku beberapa kali jatuh dan gagal, dengan keringat dan pengalaman lalu, dan akhirnya aku menubuhkan Phobticgraphy, dengan harapan aku dapat bersaing secara sihat dengan rakan - rakan jurugambar perkahwinan di luar sana.

Awal bulan ini,
Aku secara rasmi menjadi sebahagian dari keluarga besar Jangguttouch, tapi adakah bermaksud aku akan tinggalkan Phobticgraphy? TIDAK SAMA SEKALI.
Aku masih pengasas Phobticgraphy dan aku akan terus berkarya dengan cara aku sendiri.

Beginilah,

Aku menghargai karya mereka, tetapi apa yang membuatkan aku dapat bersama mereka adalah kerana jiwa, jiwa kami dalam berkarya, jiwa kami dalam seni itu sendiri. Samada jawapan ini klise atau tidak terpulang. Aku ada perancangan lain untuk Phobticgraphy, walau seakan sama, namun aku masih mencari ramuan terbaik untuk karya Phobticgraphy, aku tidak mahu memplagiat hasil Jangguttouch, apatah lagi untuk memuat naik gambar perkahwinan dari 'client' Jangguttouch untuk kepentingan peribadi.
Persefahaman itu datang sendiri, tanpa perlu mereka memberitahu aku, dengan kata lainnya 'common sense' untuk tidak menjadi fakap dengan terkinja - kinja memuat naik hasil bersama Jangguttouch dan mempromosikan pula untuk Phobticgraphy, kepala bana apa itu?
Aku nak terkenal dengan hasil Phobticgraphy, bukan menumpang populariti hasil penat jerih Waq, Epoi dan rakan - rakan mereka 10 tahun sebelum ini.

Ilmu dan pengalaman aku yang sedang berada di dalam Jangguttouch, adalah sebahagian dari ramuan untuk membentuk hasil karya Phobticgraphy dan bukannya untuk menjadi 100% klon hasil mereka.





Salah seorang peneroka Jangguttouch, yang mana satu?
Sebijik? Mungkin kebetulan.



Sedangkan Dave Grohl 'frontman' Foo Fighters dalam masa yang sama boleh menjadi drummer Queen of The Stone Age.


2 comments: