OUTING DI KILANG ARANG KUALA SEPETANG, TAIPING PERAK

Malam sebelum 'private outing' ini, aku menerima satu mesej Whatsapp dari Anip Man, sahabat yang baru membeli Canon 5D classic dari aku, beliau sudah pun memiliki Canon 5D MK III. 

"esok atau lusa free??"

"x..cdang nak bwak ang p taiping..aku nak shoot talent..AN AN..kita dua je jika ang mau..pi pagi..awal pagi..lpas mkan tgah ari kita balik.ipoh..naik ngan aku"

Ya, sebijik sebijik aku menaip kembali mesej dari beliau.

Tujuan beliau mengajak aku adalah sebegai peneman, maklumlah beliau masih muda, kacak dan bujang trang tang tang, ramai peminat yang sangat meminati beliau menurut gosip majalah artis dan jurugambar Malaysia. 
Kebetulan aku pun sedang dalam sesi meminjam lensa 35mm 1.8 OSS dari brader editor/zineditor Gondo Jangguttouch dan buntu juga nak 'test' di mana lensa tersebut. Bagai orang mengantuk di sorong bantal, aku pun setuju untuk bersama Anip Man ke Taiping.

Pertama kali aku pergi ke kilang arang ini sebenarnya, tak percaya? 

Itu sebabnya jangan mudah melabel orang sebagai sifu, seorang sifu mestilah pernah shoot di Kilang Arang, Taiping dan mengambil gambar dengan mengunakan kamera dan lensa termahal dan terpopular di pasaran. 
Nota : Sony Putih mirrorless ditambah lensa pinjam tidak akan di ambil kira dalam permarkahan seseorang untuk mejadi Sifu.

Aku tak pernah shoot 'client' aku kat sini lagi dan mungkin aku akan tengok dahulu sesuai atau tidak busana bakal 'client' aku kelak, tetapi untuk merakam gambar 'human interest' aku pasti akan kembali. 
Abdul samad, dimana gambar beliau aku muat naik di facebook aku antara marhaen yang aku akan jumpa kembali dan membuat sesi potret bersama beliau, In Shaa Allah dalam projek "Marhaen dan Kerjaya" aku kelak.

Di bawah beberapa keping gambar yang ingin aku kongsikan bersama, sebab yang lain semua tak jadi, dan ada yang takde kena mengena dengan outing yang dijalankan, seperti makcik membungkus arang, monyet memanjat dahan, Abdul Samad mengangkut kayu dan Anip Man sedang beraksi dengan jitu.

Jutaan, tidak!

2.6 biliun terima kasih aku ucapkan kepada Anip Man, bukan hanya berbekalkan wajah yang kacak, senyuman yang manis dan membawa aku merakam gambar talent/model lawa malah bermurah hati belanja aku makan tengahari di warung Mee Goreng Udang di pekan Kuala Sepetang.

Semoga beliau gembira dengan gajet terbarunya....

*gagal mengesan entri blog/status FB aku tentang kisah aku membeli 5D classic. Tapi yang pasti 5D yang aku jualkan pada Anip Man, mempunyai ceritanya. In Shaa Allah kemudian aku bingkiskan atau aku kopipes aje dari status FB aku.


Aku sebenornya minat gambor - gambor cenggini

Model AN AN sedang memperkemaskan niqab, aku mula mula ingat dia nak selfie.

Sambil melilau mencari subjek marhaen, sempat jugalah merakam beberapa belas keping gambar.


Walking like a BOSS!

No comments:

Post a Comment